Friday, June 19, 2009

Salahkah Bercinta???

Salam sayang buat sahabat2ku sekalian....harap2 chat yer,hehehehe....Mesti tertanya-tanya kenapa tajuk ini pilihanku tuk kali ini...rasenye semua sudah tahu apabila disebutkan tentang cinta mesti berkaitan dengan remaja kita pada hari ini...memang tidak boleh dipisahkan antara remaja dan cinta..gara2 cinta rosak remaja2 zaman sekarang..terjebak dengan masalah sosial yang begitu teruk contohnya zina,rogol,berkepit di khalayak ramai,cium di depan masyarakat seolah-olah tidak ada orang pun di hadapan mereka...inilah remaja kita pada hari ini sedangkan dalam Islam mengatakan remaja/pemuda sangat memainkan peranan penting dalam usaha menyampaikan risalah dakwah...

Jadinya,nak tanya pada sahabat2ku yang disayangi,adakah bercinta itu salah???ramai tertanya-tanya adakah bercinta itu salah?sahabat2ku yang disayangi,sebenarnya tidak...bercinta memang tidak salah malah ia merupakan salah satu anugerah Allah kepada manusia untuk kita bercinta di muka bumi ini...Cinta merupakan satu fitrah manusia,bilamana tubuh kita memerlukan air untuk hidup begitu juga manusia memerlukan cinta untuk merasa bahagia hidup di bumi yang dicipta Allah yang Maha Agung ini...

tapi...bilamana Allah telah memberi satu anugerah yang begitu berharga,manusia perlulah menghargai dan menjaga anugerah tersebut daripada dicemari daripada anasir2 buruk dan jahat supaya anugerah tersebut terjaga kesuciannya...andai benar cinta itu anugerah daripada Tuhan sekalian alam kenapa berlaku masalah2 zina yang berleluasa di zaman ini???itulah kesalahan yang sering berlaku ketika melakukan hubungan cinta...Allah telah mengadakan peraturan2 cinta demi menjaga kesucian cinta tersebut..bilamana berlaku masalah2 ini,maka berlakulah cinta terlarang yang membawa erti menafikan prinsip dan melanggar peraturan daripada Allah..
tindakan yang menyalahi peraturan cinta Allah

Ketika itu fitrah akan bertukar fitnah,bila kehendak tabi'e tidak disalurkan mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..akuilah sahabat2ku bahawa cinta itu daripada Allah dan peraturan cinta juga datang daripada Allah s.w.t..So ikutlah peraturan Allah yang telah ditetapkan..jadi kalau nak tahu apa peraturannya,tunggulah post yang akan datang yer...


Saturday, June 13, 2009

Pemergian Insan Yang Disegani...

Siapakah insan ini????

Insan yang giat berjuang di bumi Lubnan demi menegakkan Islam yang tercinta...Yang diseksa begitu kejam dengan diseterikakan di seluruh badannya hingga remuk badannya tetapi demi Islam yang Agung beliau sanggup menerima seksaan demikian kerana yakin dengan janji Allah yang tidak akan mungkir iaitu mendapat keredhaanNya dan jaminan syurgaNya..

Beliaulah Dr. Fathi Yakan, pejuang gerakan Islam di Lubnan...Pada hari ini beliau telah kembali ke Rahmatullah, aku tahu pun melalui sms kawan2ku pencinta Islam..hampir 5 atau 6 sms masuk ke dalam inbox hpku memberitahu kematian Sheikh Dr. Fathi Yakan..sedih di hati ini apabila membaca sms berkenaan perginya seorang ulama' yang giat berdakwah demi melihat Islam diamalkan kembali di kalangan masyarakat Islam sendiri...Terlampau banyak sumbangan beliau dalam memperjuangkan Islam agama yang kita cintai..Banyak kitab2 yang dikarang oleh beliau menjadi rujukan kepada banyak gerakan2 Islam..yang paling terkenal ialah 'Apa Erti Saya Menganut Islam'

Beliau perjuangkan Islam hingga beliau menemui ajalnya...Kita macam mana???Adakah kite pemuda yang digunakan untuk melakukan perkara2 yang negatif seperti Sheikh Dr. Fathi Yakan pernah mengatakan " Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ni penuh sesak dengan pemuda2 tetapi pemuda2 ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa2 jahat dan zalim, disusun oleh parti2 kufur dan syaitan, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita2nya."

Adakah kita pemuda yang disebutkan oleh sheikh ini???Fikir2kanlah sahabat2 sekalian..Marilah kite pemuda2 yang mempunyai tubuh badan yang masih lagi kuat dan cergas ini tuk same2 kite perjuangkan Islam dan berdakwah kepada masyarakat kite supaya Islam dapat kembali berada di atas..Ingatlah kata2 Sheikh Dr. Fathi Yakan ini sebagai kata2 semangat kite untuk giat lagi memperjuangkan agama Allah ini..."AlIslamu Ya'lu Wa La Yu'la A'laih...."

TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pemergianku ke bumi Nilai...

Alhamdulillah...
Tanggal 7 Jun 2009 pada pukul 11.30pm (kalau tak silapla) aku telah menjejakkan kakiku ke bumi Nilai...Bumi yang aku nanti-nantikan untuk aku menyambung pelajaranku ke bidang yang aku minati selama ini...Dah lama aku idam2kan bidang IRK ini dan akhirnya tertunai hajatku...
Walaubagaimanapun hatiku terasa sangat sayu untuk meninggalkan bumi PJ yang bagiku terlampau banyak kenangan manis bersama sahabat2ku....Terutama sekali bilik ABC124,banyak kenangan2 di bilik tu...Dengan pelbagai ragam ahli2 bilik tu sampai letih nak layan perangai sorang2...hehehehehehehehehe
Teringat kembali waktu first2 nak cari ahli bilik tuk short sem,memang susah nak dapat sebab kebanyakkannya semua dah booking ahli bilik..waktu tu yang cari syahril,jeny,amad,nazrul,umar n au pun termasuk gak..cari2 akhirnya dapat gak 8 orang,tambahan 2 orang muhsin n rosli...dah selesai tu tunggu la bukak short sem n dapat bilik ABC124...
Waktu tu la gotong royong cikit2 maklumlah dah tinggal beberapa minggu mesti berhabuk n kotor..pastu bermula lah pelbagai aktiviti kami buat sesama kami..ingat lagi waktu tu aku tengok avatar kat laptop muhsin,amad cakap xbest tengok cerita tu...aku cakap best n last2 dia pun tengok gak sampai berlumba dengan aku saper habis dulu tengok cerita tu n akhirya aku habis dulu,hehehehe...
Rahman lak nak download cerita dia kamen rider pun terganggu sebab aku tengok avatar...memang waktu tu berebut nak guna laptop muhsin tapi sekarang dah ada banyak laptop..banyak lagi kenangan2 ngan ahli bilik tapi lain kali lak lah....
tapi ape2 aku doakan moga2 diorang happy di bumi PJ n aku lak akan teruskan perjuangan di Nilai...
Setakat ni je kot tuk kali ni...kite sambung lain kali untuk akan datang yer...
Salamullahi A'laikum warahmatullahi wabarakatuh...

Thursday, June 4, 2009

Salam Perkenalan...

Salamullahia'laikum Warahmatullah Wabarakatuh...
Alhamdulillah...siap juga blog pengemis ini...
Nape diri ini menggelarkan pengemis ya???
Name blog pun "Pengemis Kasih Ilahi",jadi gelarkan diri ini pengemisla..

Kepada saper2 yang kenal diri ini salam perkenalan dalam dunia maya ini yer...
Maklumlah blog pun tak bape cantik lagi...
Besalah,baru belajar wat blog...
Hehehehe.....

Moga2 kiter gunakan blog ini sebagai medan dakwah kiter kepada orang ramai...
Boleh ke TAK!!!!
InsyaAllah,pengemis harap kiter semua BOLEH!!!

TAKBIR!!!!!!!