Saturday, June 13, 2009

Pemergian Insan Yang Disegani...

Siapakah insan ini????

Insan yang giat berjuang di bumi Lubnan demi menegakkan Islam yang tercinta...Yang diseksa begitu kejam dengan diseterikakan di seluruh badannya hingga remuk badannya tetapi demi Islam yang Agung beliau sanggup menerima seksaan demikian kerana yakin dengan janji Allah yang tidak akan mungkir iaitu mendapat keredhaanNya dan jaminan syurgaNya..

Beliaulah Dr. Fathi Yakan, pejuang gerakan Islam di Lubnan...Pada hari ini beliau telah kembali ke Rahmatullah, aku tahu pun melalui sms kawan2ku pencinta Islam..hampir 5 atau 6 sms masuk ke dalam inbox hpku memberitahu kematian Sheikh Dr. Fathi Yakan..sedih di hati ini apabila membaca sms berkenaan perginya seorang ulama' yang giat berdakwah demi melihat Islam diamalkan kembali di kalangan masyarakat Islam sendiri...Terlampau banyak sumbangan beliau dalam memperjuangkan Islam agama yang kita cintai..Banyak kitab2 yang dikarang oleh beliau menjadi rujukan kepada banyak gerakan2 Islam..yang paling terkenal ialah 'Apa Erti Saya Menganut Islam'

Beliau perjuangkan Islam hingga beliau menemui ajalnya...Kita macam mana???Adakah kite pemuda yang digunakan untuk melakukan perkara2 yang negatif seperti Sheikh Dr. Fathi Yakan pernah mengatakan " Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ni penuh sesak dengan pemuda2 tetapi pemuda2 ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa2 jahat dan zalim, disusun oleh parti2 kufur dan syaitan, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita2nya."

Adakah kita pemuda yang disebutkan oleh sheikh ini???Fikir2kanlah sahabat2 sekalian..Marilah kite pemuda2 yang mempunyai tubuh badan yang masih lagi kuat dan cergas ini tuk same2 kite perjuangkan Islam dan berdakwah kepada masyarakat kite supaya Islam dapat kembali berada di atas..Ingatlah kata2 Sheikh Dr. Fathi Yakan ini sebagai kata2 semangat kite untuk giat lagi memperjuangkan agama Allah ini..."AlIslamu Ya'lu Wa La Yu'la A'laih...."

TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment